Wednesday, December 14, 2011

✿ Kau Sahabatku ✿

Sahabat...
Kau sahabat yang aku sayangi,
Perkenalan kita yang bertahun lamanya, 
Membuahkan sinar bahagia dalam hidupku,
Hadirnya kau disisi sangat aku hargai,
Walau tiap waktu kita bertelagah,
Tapi itu lebih mengeratkan kau dan aku.

Kini...
Sekelip mata kau berubah,
Begitu mudah kau memilih untuk meninggalkan ku,
Sakit yang kau tinggalkan teramat perit aku rasakan,
Begitu singkat pemikiranmu wahai sahabatku.

Namun...
Demi menghormati pilihanmu,
Aku pasrah dan redha dengan ketentuan-Nya.

P/S: Semoga apa yang dilalui ku kini kelak tidak akan kau lalui.

Thursday, December 8, 2011

✿ Diakah Jodohku? ✿

Ya-Allah,
Diakah  jodoh ku?
Aku kelu…
Aku keliru…

Duhai hati…
Duhai perasaan…
Berhentilah menyeksa diri ini
Aku sudah terlalu lemah
Untuk menanggung derita ini.

Ya-Allah,
Seandainya dia adalah jodohku,
Mengapa hatiku terus berteka-teki?
Dimanakah keyakinan yang ku cari-cari?

Ya-Allah,
Aku memohon pada-Mu
Titipkanlah secebis keyakinan padaku
Agar aku dapat meyakini ketetapan-Mu.

Amin…


~Istikharah Cinta~
Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do’a

Sebut nama Mu terukir merdu

Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku

Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa

Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Diistikharah cinta…
*Sigma* 

 

Saturday, November 19, 2011

✿ Saya Sayang Roomate Saya ! ✿

KAMI ADALAH ROOMATE  
Mirah~Naim~Muni~Izat

Friday, November 18, 2011

✿ Kahwin Time Belajar? ✿


Ketika melangkah ke usia 20-an, semestinya setiap insan baik lelaki mahupun wanita, berkeinginan tinggi untuk membina 'Usrati, Jannati'. Mana taknya, bila dah kahwin ni, makan, belajar (bagi student yg masih belajar), tengok movie, shopping, tidur, mandi, etc sentiasa berteman. Title 'Ms. Lonely' atau 'Mr. Lonely' dah tak wujud dlm diari kehidupan (unless bila pasangan itu bergaduh).^__^

Dulu, aku pun tergolong dlm golongan tersebut. Lebih2 lagi bila belajar kat UIA ni, kahwin adalah satu event biasa yg berlaku di kalangan kami. Utk batch aku, dah 3 orang kawan aku yg mendirikan masjid masing2. 2 orang dah dikurniakan baby2 comel & sorang lagi tengah pregnant. Mencabar bukan?

Bukan tak pernah aku minta izin dgn ummi utk kahwin time belajar (kalau dgn abi, tak berani buka mulut nak cakap pasal ni :), SOKMO2 aku mintak. Malah siap kena warning lagi kat ummi. Haha... Padan muka, gatal sangat dekpung... Pada ummi, dia takut aku  tak mampu nak tanggung bebanan menanti after kahwin. Perkahwinan bukan utk seminggu dua, tapi ia akan berkekalan menuju ke destinasi yg dituju ---> SYURGA FIRDAUS. InsyaAllah...

Tapi, itu adalah diri aku yg dulu. Yg teruja2 nak kahwin. Sekarang, perasaan tu dah makin surut. Maybe lepas apa yg dah berlaku pada aku sejak dua menjak ni. Aku pun dah sedar, memang aku masih tak mampu nak menggalas tanggunggjawab yg besar bila dah bergelar seorang isteri kpd seorang suami. Ni pun aku observe & kutip dari pengalaman sahabat2.

Jadi, pada sahabat2 yg terasa dirinya sudah yakin & bersedia melangkah ke fasa baru & penuh cabaran dlm hidup, dipersilakan. Saya sentiasa mendoakan kebahagiaan kalian. Tapi, satu je saya pinta, pandai2lah bahagi masa & tanggungjawab kalian. Saya faham status kalian, tanggungjawab & komitmen kalian berbeza dari saya, tapi seharusnya kalian ingat bahawa kalian & saya masih sama berstatuskan STUDENT. Jangan kerana kalian sudah berkahwin & sibuk menguruskan rumahtangga, tugasan belajar kalian cuba ditolak kpd sahabat2 sehingga membebankan mereka. Sebagai sahabat, kami sedia membantu kalian setakat yg termampu, akan tetapi, kami juga hamba-Nya yg lemah & limited dlm segala urusan. Perkataan SIBUK tetap ada dlm hidup kami walaupun berstatuskan single. Kami cuba utk memahami kalian, tetapi, tolonglah fahami kami jua wahai sahabat. Wallahualam...

Tika Hati Berbicara: 
Ada benarnya kata2 ummi padaku. Terima kasih ummi sebab tak bagi kahwin awal :)
Tapi, aku akan make sure, after habis belajar before grad, aku akan naik pangkat jadi ISTERI kpd bakal SUAMIKU! Hehehe... Nanti boleh grad berdua. Tak pun bertiga. ^____^

Thursday, October 27, 2011

✿ New Memories ✿

Assalamualaikum...

Sudah lama blog ni tidak diupdate. Dah bersawang & berhabuk. Uhuks3...

***

Alhamdulillah... Habis sudah NANSYM 11'. Segala kepenatan rakan2 yg menjadi committee amat2 la dihargai. Minggu ni dah masuk minggu ke 7 sem 6. Terasa cepat je masa berlalu, tak lame lagi dah nak midsem. Pastu, raye haji (Yeay! Balik kampung!). Disebabkan terlalu lame tak update blog ni, terasa nak share some new and sweet moments la kat sini. Here we go !!!

4 Jun 2011 (Walimah Kak Emi & Abg Jadul @ Kelantan)


25 Jun 2011 (Majlis Bertandang Kak Emi @ N. Sembilan)

1 September 2011 (Walimah Farah & Hanif @ Kelantan)



P/s: Baru aku perasan, all new memories are about 'nikah'. Bila akan tiba saat ini utkku? Wallahualam...

Tuesday, June 14, 2011

✿ Nur Kasih The Movie ✿

" Semakin derita menghimpit kita,
semakin dekat rahmat menghampiri kita "

Bagi ku, tak rugi menonton cerita NKTM kat panggung hari rabu (8/6/2011) lepas. Tu pun after kena paksa dek kawan2 aku. Aku rasa, ni cerita ke-3 aku pergi tengok kat panggung. Biasanya, aku asyik nak terlelap je bila duk dlm tempat gelap gitu. Tapi, kali ni, aku tersangatlah FOKUS ! Kawan2 aku: Ela, Ili, Ang & Nurul dah tangkap leleh dah. Aku jek yg relaks cam takdek perasaan langsung. Bukan takdek perasaan, aku tengah fokus utk paham cerita tu (^__^). Sebab terlalu banyak konflik yg membuatkan aku tak sempat nak kuarkan airmata ni. Hehe... Papepun, aku E.N.J.O.Y dikala posting ini...

N.U.R. K.A.S.I.H. T.H.E. M.O.V.I.E. !!! 









 




 


 


 


 


 

"Semakin derita menghimpit kita,
semakin dekat rahmat menghampiri kita"

Sunday, May 15, 2011

✿ Mencari Sinar Ukhuwwah ✿

~Episod terakhir dari kisah My VERY Bestfriend & Tangisan Sahabat Terluka~

Sem baru telah bermula (Sem 1, Year 2)
Alhamdulillah, setelah melangkah ke tahun ke-2, barulah dapat merasai kesenioran sedikit :). Sem ini melakarkan banyak lagi sejarah dan memori bersama2 rakan2 tercinta especially her!. Untuk tidak memanjangkan cerita, cerita ini akan terus melompat ke part konflik dan penyelesaian cerita dan seterusnya penamat sebuah cerita (cam belajar KOMSAS dulu2).

Sem ini, aku ngan dia berterusan dingin. Pada awalnya, tiada effort dari kedua2 belah pihak. Takpelah... tunggu dan lihat. Walau bagaimanapun, melihat keadaan kami yang berterusan begini, aku mula mengambil langkah untuk terus mendekatinya. Seingat aku, I try my best untuk meringankan mulut ku untuk menegur dia. Nasib baiklah dia tidak terus membisu. Cuma, 10 patah ditanya, hanya sepatah dua yang dijawab. Aku keep on trying!

Until one day, aku dijodohkan oleh Sr Nani untuk segroup dengannya dalam 1 group assignment iaitu Hemolytic Anemia. Ahli group aku termasuklah Diyana, Awang & Shidi. For the sake of this assignment as well as our friendship, aku mengalah lagi. Aku terus menegur dan menegur dan menegur. 

Suatu hari, aku dapat tau dia jatuh sakit dan di admit ke HTAA. Perasaan aku berbelah bagi sama ada nak bertanyakan khabarnya atau tak. In truth, aku memang rasa susah hati mendengar berita ni. Lastly, aku ambil keputusan untuk menelefonnya. Setahu aku, dia pun jenis suka pada orang mengambil berat tentang dirinya. Pendek kata, manjalah... Alhamdulillah, panggilan telefon ku disambut baik olehnya. Setelah bertanya perkhabaran darinya, aku berjanji untuk menjenguknya sekembali dia ke mahallah.

Sekembalinya di mahallah, dia sms aku untuk menuntut janjiku. Aku dengan senang hati segera ke biliknya. Kedatangan aku di biliknya juga disambut baik olehnya. Kami berborak seketika as we used to be. Bercerita tentang itu, bercerita tentang ini. Banyak yang ingin dikongsi darinya setelah berbulan kami mendiamkan diri tanpa berbicara. Persahabatan baik ini berterusan sehinggalah kami dapat bekerjasama dengan baik untuk menyiapkan tugas kumpulan yang diberikan oleh Sr Nani. Akan tetapi, timbul pula perselisihan faham lain antara kami berdua.


***
Assignment perlu dihantar in 2-3 days afterwards. So, kitorang pun berkumpul in 1 group untuk combine sume part untuk diedit oleh aku & dia. After dah combine, kitorang pun decide la part mana yang aku kena edit and part mana yang dia kena edit. Em...first2, kitorang buat kerja sekali. Time tu, dia edit bukan main laju. Aku baru je edit 2 paragraph, dia dah siap edit untuk sorang. Ada part2 yang aku rasa tak berapa sesuai, aku suruh la dia ubah. Tapi, time discussion kami berdua, dia selalu nak menangkan pendapatnya. Pendapat aku dia tak nak pakai pun. Kecik hati pun ada, tapi aku sabar lagi. Last2, aku rasa boring dan tetiba rasa mengantuk. Aku pun minta diri untuk balik ke bilik aku untuk tidur sekejap, then, kitorang  decide untuk sambung malam nanti.

Bila aku sampai kat bilik, dengan sendirinya aku jadi segar-bugar dan berchit-chat lak ngan rumate2 ku. Biasalah, setan banyak time tengah buat assignment tu. Malangnya, time aku berchit-chat ngan diorang, si dia datang ke bilik aku untuk menghantar sume assigment yang dah diedit. Aku agak terkejut gak sebab dia berjaya edit untuk 2 orang, tapi aku nak edit untuk sorang pun tak siap lagi. Aku perasan, ada sesuatu yang tak kena dari raut wajahnya. Takpelah... aku buat slumber rock agi!

Malamnya, aku terlupa perihal untuk mengedit assignment dengan si dia. Sebab aku terleka seketika di bilik Yana. Entah apa yang aku bualkan dengan si Yana tu sampai aku terlupa terus pasal assignment!. (Sorry awak, saya betul2 terlupa). So, aku decide untuk sama2 mengedit pada malam keesokan harinya. Then, banyak la sikit masa untuk aku mengedit sebelum combine keseluruhannya.

Esoknya, seharian aku mengadap laptop dari awal pagi, ke tengahari, petang dan akhirnya, malam, aku tertidur awal disebabkan terlalu penat mengedit hasil kerja mereka termasuklah si dia punyer part including part2 yang dah diedit olehnya (Yang ni akan diulas kemudian). Bila aku dah terlalu nyenyak dibuai mimpi, aku tak sedar yang si dia datang ke bilik aku pada malam itu.

Keesokannya, aku ajak dia mengedit assignment sama2, dia cakap dia busy. Ok lah... aku kena faham, dia ada komitmen lain time tu. Pastu, aku ada suruh dia edit part dia sikit untuk  masukkan table. Bila dia dah edit part dia balik, dia hantar kat aku dengan bagi pendrive je, then terus blah tanpa bercakap sepatah. Aku ajak dia lagi untuk sambung mengedit sama2, sewenang2nya dia mengatakan BUSY. Again!

Tibalah satu hari, aku menerima 1 mesej dari dia melalui FB. Mesejnya berbunyi:

SUBJECT: dengar cni baek2


Terkedu selepas aku membaca mesej tadi. Ya-Allah, dugaan apa lagi ni? Dia main tuduh2 aku je, dia main fitnah aku je. Aku jadi speechless. Tiba2 airmata aku deras mengalir. Cukuplah aku diSAKITI. Cukuplah aku diHINA. Cukuplah aku tidak diHARGAI.

Mesej tu tidak mendapat sebarang balasan dariku. Sebab aku rasa dah takde gunanya aku nak jelaskan apa yang berlaku. Tapi, di sini, benarkan aku menjelaskan semua benda yang dia patut tahu:

The truth are :
"awk bgtau sy awk ngantuk kan..
ok,sy consider..tp awk tau x, sy bengang sgt2 dgn awk..
mse sy dtg bilik nk amik pendrive, sy xnmpk awk tgh tdo pon
awk duk berbual kan"
Ye, betul...
Saya memang mengantuk giler time buat assignment tu. 
Saya memang takleh nak fokus dah. 
Lagipun time tu kan time mood orang nak tido (around 1-2pm)
Daripada saya paksa diri saya, baik saya stop kejap.
Takde gunanya saya mengadap assignment tu if saya langsung takleh nak fokus.
Sesampai kat bilik, terdengar rumate2 saya berborak.
Terus hilang rasa mengantuk tadi. 
So, saya joinlah diorang.
Takkan benda remeh cam ni awak nak besar2 kan???

"sy bersengkang mata tahan ngantuk, tlg editkan syidee..
k.diana pnye sy dah bereskan..
awk edit awe je kan..
ok fine.."
Terima kasih sebab awak dah tolong editkan Shidi ngan K. Diana punyer.
Ye... tugas saya just nak editkan yang Awe jer.
Tapi, awak mesti tau kan yang bro ni selalu buat kerja copy paste je kan?
Bila saya baca and search balik, totally copy paste dari internet.
Saya ni jenis particular dengan assignment.
So, saya terpaksa betulkan whole esei untuk Awe.
Tolong summary, parapharase, etc.
It takes a lot of time ok!
Alhamdulillah, Awe punye dah settle.
Then, saya baca balik yang awak editkan untuk Shidi ngan K. Diana.
Pada saya, Shidi punya takde masalah.
Just nak betulkan grammar sikit je.
Untuk part K.Diana pulak, esei asal dia very complicated right?!
So, saya suruh awak search balik dalam internet.
Cari source yang simple tapi understandable.
Ye, awak dah betulkan.
Tapi, saya agak terkejut sebab hasil kerja awak pun copy paste je.
Just tukarkan 2-3 words je.
Patutlah awak buat kerja macam kilat.
So, apa saya buat?
Saya edit balik dari A-Z.
Saya tolong summary, parapharase, etc macam Awe punye.
So, sekarang awak nak cakap saya edit untuk Awe jelah?
Secara zahir maybe YA.
Tapi, saya rasa saya dah tolong editkan untuk sume orang.

"mlm tu, sy balik..sy ajak awk buat, tp awk duk bual kat bilik yana kan..
ape awk pk awk sorang byk keje ke..
sy bleh consider awk, npe awk x bleh phm sy langsung.."
Ye, yang ni saya akui salah saya.
Pergi berborak2 kat bilik Yana, sedangkan assignment tak siap lagi.
Memang saya fail dalam time management.
Ni salah saya, saya mintak maaf.
Tapi, saya tak boleh terima kalau awak cakap saya tak boleh paham langsung.
Awak memahami saya tak?
Cuba awak fikir balik (ponder).
Saya memang tak reti nak memahami awak.
So, carilah sahabat yang betul2 boleh memahami awak.
Yang boleh akur dengan tiap perbuatan dan kata2 awak.

"mlm tu sy tggu coz sy pk kte berdua kne bincang,bru eseimen kte same..
ok...awk hantar msg kat sy,ayat awk marah2 sy,seolah2 sy suruh awk wat sorang..
ok,fine..sy x jadi bincang pasal mdm yee coz awk kate nk siapkan hok kte..
awk kata sy biarkan awk wat sorang2"
Ye... saya ada msg awak.
Tapi, seingat saya, msg saya takdekla seEMO yang awak fikir.
Saya ada bagitau awak seolah2 awak nak suruh saya buat kerja sorang2.
Saya msg gitu sebab awak yg msg saya dulu.
Awak cakap awak busy.
Awak nak siapkan assignment Mdm Yee sekali.
Awak seolah2 ugut saya kalau saya tak siapkan secepat mungkin, 
awak memang tak nak ambil kisah pasal assignment Sr. Nani.
Sebab awak nak fokus kat assignment lain pulak.
That's why la saya fikir awak nak biarkan saya buat sorang2 assignment tu.

"mlm semalam, sy tggu awk datang..
sy mmg ngantuk gler..
sy siapkan eseiman hok sy
sy bersengkang mata
tp awk tau x, sy bengang ble sy datang bilik awk, awk tgh tdo.."
Malam tu, saya tunggu awak, awak tunggu saya.
Last2 saya tertido.
Sebab otak & badan saya penat sangat.
Dari pagi sapa ke malam, assignment tu yang saya duk buat.
Awak kena ingat, saya bukan edit yang Shidi punye je.
Saya edit untuk semua.

"pastu tadi, awk suh sy wat table..
sy malas nk cakap byk..
memandangkan ni bulan pose.."
As I said before, saya particular bab2 assignment ni.
That's why saya ada suruh awak edit mana yang patut.
Bulan pose pun nak gadoh ka???

tp awk x consider sy langsung
awk hantar msg, awk kate awk nyk keje..
bm la..ntah ape lagi ntah
awk ingat sy ni x byk keje ke..dgn usrah luar lagi,prog lagi, mdm yee lagi,bm lagi, ungs lagi..
Kalau saya langsung tak consider awak, 
buat apa saya nak edit untuk awak sume?
I try my very best to do the best for our assignment.
Untuk diri saya dan korang sume jugak.
Ada korang ucapkan at least 'terima kasih'?
Apa yang saya dapat?
Tuduhan dan fitnah yang menyakitkan hati je.
Takpelah... saya tetap nak ucapkan terima kasih.
Untuk tuduhan dan fitnah itu.
Saya tau, awak aktif ngan usrah dan program luar.
Tu hak awak.
Tapi, awak kena ingat, awak involve dengan kerelaan sendiri.
Bukan paksaan orang lain.
So, awak takleh jadikan itu alasan untuk mengatakan awak BUSY!
Kalau rasa diri tak mampu nak pikul banyak komitmen,
then tak yah involve laa...

"sy ckp bkn nk wat awk lagi tensen..
sy nk awk paham..
paham keadaan sy
sy xpernah suh awk wat oirang2
sy xde nk marah2 awk cam awk hantar msj kat sy kat fb.."
Awak dah berjaya buat saya tensen lepas dapat msg ni kat FB.
Bukan setakat tensen, tapi berjaya mengganggu emosi saya.
Sehingga berjaya buat saya menangis buat kali ke-2.
As usual, saya je kena paham awak.
Sedangkan awak tak reti nak memahami saya.
Yelah, awak tak marah saya macam saya marah awak.
Kalau awak kenal dan memahami saya,
semestinya awak tau saya ni jenis berterus-terang.
Bukanlah membisu macam awak.
Ingat! "Membisu bukanlah yang terbaik".
Entri ni mesti awak selalu ingat kan?
Disebabkan entri nilah awak melenting kat blog kan.
Awak cakap awak dah try berbaik ngan saya.
Kalau betul, orang akan nampak.
Tapi, kenapa penulis ni buat entri macam ni?
Sebab maybe dia pun terseksa melihat keadaan saya.
Yang terkapai2 dalam menerima hukuman yang awak berikan.
Terima kasih awak!
Sebab sentiasa membisu.

"sbb sy rse sy makin knl awk..
sy tau awk mesti bengang pasni n terus nk sembur sy
leh x awk jd penyabar ckit
sy pnt dgn awk ni
awk x payah la rse awk sorang byk dugaan..
awk xtau ade lagi org yg byk dugaan.."
Sejauh mana awak kenal saya?
Andai diri saya pun awak tak hargai.
Perasaan saya pun awak tak reti nak jaga.
Awak just tau saya ni cepat melenting, kurang sabar.
Ni pun sebab saya jenis suka berterus-terang kan?
Andaian awak yang mengatakan saya akan sembur awak 
after dapat msg ni ternyata silap kan?
Sebab saya dah betul2 terluka dengan tuduhan awak.
So, saya pilih untuk membisu macam awak.
Awak... saya bukan sabar sikit dengan perangai awak.
Saya rasa saya dah master dalam kesabaran melayan kerenah awak.
Awak mesti ingat kan, awak pernah hina family saya?
Awak mesti ingatkan selama mana awak membisu 
yang selama itu juga betul2 menguji kesabaran saya?
Awak pun pernah ingatkan yang awak totally ignore saya?
Sampaikan kononnya awak nak sue Fiq sebab bagi saya guna iron?
 Betapa hina saya kan nak dibandingkan dengan awak?
Maybe sebab saya ni tak pakai tudung labuh macam awak.
Awak ingat saya tak penat ke memikirkan pasal awak.
Hari2 hati saya terluka.
Kalau nak dibandingkan dengan dugaan awak,
saya rasa saya lagi teruk dari awak.
Saya tak pernah jumpa kawan macam awak
Terima kasih awak!
Sebab membuka mata saya.

Hurm... ni lah dia penjelasan bagi setiap tuduhan dia. Dah lama aku simpan hal ni. Tapi, aku rasa ia perlu diluahkan.

Alhamdulillah... walaupun aku dah kehilangan seorang sahabat baik, Allah tetap menggantikan bagiku teman2 yang lain. Yang bisa bersama tika suka dan duka. Semoga Allah menjaga ukhuwwah yang terjalin antara kami. InsyaAllah... Amin.

p/s: Moral of the story, sebelum memilih kawan: Jangan lupa selidik pergaulan antara dia dan sahabatnya yang lain. If dia memang seorang yang suka cari gaduh, elakkan daripada memilihnya untuk menjadi sahabat baik. Kerana risiko untuk mendapat nasib yang sama seperti sahabat2nya adalah tinggi. Apa yang berlaku antara dia dan sahabat baiknya yang dulu, serupa seperti nasibku sekarang. So, beware!

 

Blog Template by BloggerCandy.com