Friday, February 11, 2011

✿ Tangisan Sahabat Terluka ✿

~Rentetan dari kisah "My VERY Bestfriend!"...

Alhamdulillah, aku menemui ketenangan apabila berada di kampung bersama keluarga tersayang. Namun, satu hari, ketenangan ini sedikit terganggu apabila menerima satu sms dari sahabatku yang mengatakan dia tak dapat datang ke Kelantan seperti yang dirancang sebelum ini. Takpelah... manusia hanya merancang, Allah yang menentukan.

Kemudian, tibalah hari aku bertolak ke Terengganu untuk menghadiri majlis perkahwinan sahabatku, Awah dan suaminya, Abg. Amer (Mereka kini sedang menanti hari untuk menimang cahaya mata pertama. Congratz Awah dan Abg. Amer! Y(^____^)Y.

Setibanya aku di Terengganu, aku dijemput oleh Izat serta rakan2 yang lain dan membawaku ke Guesthouse Kamil (Kalau tak silaplah). Rumahnya tersangat best. Ada 3 bilik. Aku duk bilik no. 2 sebilik ngan Izat, Ang dan Pipah. Nasib baiklah aku tak terpilih untuk bermalam di master bedroom. Sebab aku tak tau camne aku nak hadapi sahabat baik ku sorang tu. 

Dalam tempoh aku berada di Terengganu, aku masih tidak mampu untuk menegur sahabatku. Nak ku harapkan dia menegur aku, rasanya teramat mustahil. Still, dia ignore aku macam biasa. Yang paling obvious, dia seakan2 nak larikan diri dari aku. Takpelah... sabar jelah dulu. Aku buat macam biasa jer. Malas nak tunjukkan emo aku depan kawan2 aku yang lain. Aku tak nak merosakkan percutian aku bersama diorang. Aku nak happy jer. So, senyum lebar2... (^______^)Time makan ramai2, time tengok tv ramai2, time gelak ramai2, aku join je. Dia ada ke, dia takde ke, aku buat dunno.

Sampai satu tahap, maybe dia terasa hati dengan keignoran aku pada dia. Dia mengadu pada rakanku yang lain. Katanya, dia sedih sebab takdek orang nak ambil kisah hal dia. Padahal, aku rasa, kawan2 ku yang lain dah cukup sabar ngan dia. Bila ajak makan ramai2, dia buat tak tau. Dia terus berkurung dalam bilik (Awak kena ingat, umur awak dah 21 tahun, bukan 12 tahun). Seingatku, aku ada mengajak dia makan, tapi macam biasa, dia layan aku ibarat aku bercakap ngan dinding.

Bila aku tahu kisah dia mengadu kat kawan2ku, semua orang marahkan aku. Semua orang salahkan ku. Kenapa aku buat macam ni? Kenapa tak tegur dia? Kenapa aku tak mengalah? Kenapa? Kenapa? Terlalu hina diriku time tu. Korang tak tau kisah sebenar, korang tak rasa apa yang aku rasa :( Korang tak tau. Nasib baiklah Ang memahami aku. Tenkiu Ang!


Precious moment together!
Oklah... disebabkan aku salah. Last2, aku try tegur dia masa kat Masjid Kristal. Aku pegang tangan dia. Dia masih nak mengelak dari aku. Takpe2... aku try. Alhamdulillah, kami sempat juga bergambar bersama2 di depan Masjid Kristal. Foto tu yang menjadi saksi effort aku untuk memulihkan kembali persahabatan kami. Tapi, lepas tu, dia masih nak mengelak dariku. Adusssh... sakit kepala aku!

Tibalah last day aku kat K. Terengganu, time tu, kitorang bermalam di rumah Izat. Paginya, sebelum bertolak ke rumah kakakku di Kemaman, aku sempat breakfast dan bersiap2 di rumah Izat. Masih mekar dalam ingatan aku akan peristiwa yang berlaku time kitorang tengah sibuk2 bersiap. Time tu, Fiq tengah guna iron and I need to use that iron to iron my seluar. Then, aku mintak permission ngan Fiq untuk guna iron tu lepas dia. Tapi, sahabatku dah cop untuk iron baju dia after Fiq. Aku pun, dengan muka tebal mintaklah permission ngan sahabatku untuk guna iron sekejap after Fiq.

Aku: Awak, saya nak guna iron sekejap eh lepas Fiq.
Dia: *Diam*
Aku: Awak, saya nak guna iron lepas Fiq. Boleh tak?
Dia: *Diam*
Aku: Awak dengar tak saya cakap ngan awak ni?
Dia: *Diam*
Aku: Awak benci sangat ke kat saya sapa saya tanya tak jawab langsung?
Dia: *Diam*
Aku: Takpelah kalau macam tu.
         (Perasaan aku sekali lagi terguris!)

Aku ingatkan after aku try berbaik semalam, dia akan OK ngan aku. Lain lak yang jadi. After Fiq dah siap iron baju dia, aku terus tergesa2 iron seluar aku.Time aku mengiron, tiba2 dia bersuara...

Dia: Fiq, I SUE YOU...

Ya- Allah, rasa nak menitis air mata aku time tu. Hina sangat aku rasa diri aku. Takpelah, aku sabar... aku tahan. Ya-Allah, kenapa berat sangat dugaan yang aku rasa ni. Tabahkanlah hati hamba-Mu ini.

.............................

Dalam perjalanan ke stesen bas, fikiran aku melayang jauh. Tiba2, airmata aku menitis tanpa aku pinta. (Awak dah berjaya buat saya menangis!). Aku menangis dalam diam2. Menangis kerana diriku sentiasa terhina olehnya. 

Sesampai di stesen bas, aku bergegas ke platform bas yang akan aku naiki. Aku pergi dengan perasaan yang berkecamuk. Masa aku tengah sibuk2 mengangkat beg ke dalam bas, kawan2 ku datang ke tempat bas yang aku naiki untuk bertemu ku sebelum aku pulang. Dalam ramai2 kawanku, dia pun ada di situ. Perasaaan aku yang tadinya tak mahu bertemu dia sekelip mata berubah disebabkan kedatangan dia kat situ. Aku berharap sangat time tu dia datang sebab dia masih menganggap aku sebagai sahabat dia. Aku berharap sangat time tu dia datang untuk memberitahu sesuatu yang akan menyenangkan hatiku. Sesudah aku mengangkat barang, aku turun semula ke luar bas untuk bertemu mereka. Seingat aku, hanya tinggal beberapa orang je time tu sebab setengah dari mereka dah menuju ke platform masing2, termasuklah dia. Aku bersalam2 ngan kawan2ku yang ada kat situ. Then, aku pun segera ke platform kawan2 ku yang lain sementara bas aku belum bertolak. Tau tak kenapa aku tergesa2? Sebab naluriku mengatakan yang ada sesuatu yang dia nak bagitau aku. Aku tak tau kenapa...

Namun, naluriku silap. Sesampai je aku kat platform tu, aku bersalam2 ngan kawan2ku. And lastly, aku menghulurkan salam kepada dia. Dia sambut salam aku tanpa sesaat pun menatap wajah aku. Dia sambut salamku dengan keadaan hati batu. Semasa bersalaman, aku dengan seikhlasnya meminta maaf atas segala salah dan silapku. Tapi, dia memang berhati batu. Aku mengharapkan sesuatu akan keluar dari mulut dia. Tapi, tak. Aku betul2 kecewa dan terluka lagi. Mungkin apa yang terbuku dalam hatiku terpancar di wajah ku. That's why kawan2 ku yang lain perasaan airmukaku berubah sekelip mata.
(Awak, orang lain pun perasan saya macam tu. Orang lain pun boleh paham apa yang terbuku dalam hati saya. Tapi, awak tak. Atau mungkin awak perasaan, tapi awak sentiasa ego...)

Dalam bas... 
Fikiranku jauh melayang. Sampai bila dia nak layan aku macam ni? Persoalan yang tiada jawapan. Penderitaan yang tiada penghujungnya.

~Pasrah Segalanya~

Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela

Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau Maha Mengetahui
Segala apa yang terbuku di hati

Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai


Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci

  
*De-Hearty* 

Waiting*


Tuesday, February 1, 2011

✿ My VERY Bestfriend ✿

Dulu... kami bersahabat baik. Ke sana ke mari, kami bersama2. Ibarat "di mana ada gula, di situlah ada semut". Kami leka dengan dunia kami. Gembira, sedih, masalah, gosip, sama2 kami share. Dunia ni ibarat milik kami jer. Haha... Cam couple la pulak! :P Tapi, dunia ni tak selalunya indah. Macam2 dugaan yang datang sepanjang kami bersahabat baik. Sehinggalah satu ketika, dugaan yang begitu berat telah menimpaku! (T____T)

***
Berlaku semasa aku posting kat HTAA.
5.30 pm, kami yang bekerja shif pm seperti biasa makan di gerai area HTAA. Sambil kami menikmati rezeki di depan mata setelah penat bekerja dalam ward, kami bergurau senda. Bukan kami berdua je time tu, ramai lagi kengkawan lain. Sume berbaju putih dan berseluar hijau bak radicare. :) Bila dah terlalu asyik bergurau senda,aku tak sedar gurauan aku dah melukai hati kawan baik aku ni. Aku sekadar ingin bergurau. But, she takes it serious ! (Sorry my friend... I didn't mean to hurt you):(

Lepas tu, dia mula menjauhkan diri dari aku. Ni bukan 1st time, actually dah banyak kali dah dia macam ni. Kalau dia terasa hati ngan aku, dia akan terus menjauhkan diri dari aku. Until she gets better. Aku pun pernah gak terasa hati ngan dia. Biasalah, adat berkawan. Tapi, kalau just small matter, aku malas nak ambik hati sangat. Kalau aku memang terasa hati sangat2, as coping method, aku just slow down sekejap just like what she did to me. But, it doesn't take much time. 

Sebenarnya, aku tak kisah kalau tu cara dia untuk hilangkan rasa kecil hati ngan aku. Aku bleh terima. But, 1 thing that aku tak leh nak terima. Bila aku tegur dia, dia takkan jawab panggilan aku and she'll totally ignore me! *Sigh* Siapa yang tak terasa hati kalau kita tegur someone, then orang tu just ignore je. Especially kalau depan orang lain. Tak rasa ke orang tu dah jatuhkan maruah kita depan orang lain ??? Takpelah... aku tak salahkan dia. Aku just nak dia tau jer... (Tolonglah awak faham orang lain pun ada perasaan jugak)...

Lepas tu, bila dia terus mendiamkan diri dan menjauhkan diri dari aku, aku ambik inisiatif lain untuk memperbetulkan balik perselisihan faham antara kami. Kebetulan, semasa krisis ni berlaku, aku dah berjanji ngan dia untuk ke ECM sebab nak belikan hadiah perkahwinan kawan kami. Time ni, kitorang keluar berlima: Aku, Ang, Ten, dia & kawan Ten. Time keluar ni, aku ada tegur dia, still dia tak jawab teguran aku. Perkataan yang keluar dari mulut dia just "Hurm...", "Tak nak", etc... Aku tanya 10 patah tapi dia jawab sepatah jer.  Siapa tak terasa hati ??? Dah membuak2 rasa nak marah, tapi aku cool down jer. Aku tak suka marah2 orang ni. Especially orang tu "kawan baik" aku.

Kitorang pun berpecah time shopping. Aku ngan Ang, Ten ngan kawan dia dan dia sorang2. Selepas penat bershopping dan beli apa yang patut, kitorang decide nak gi makan KFC. Aku pun terus call dia sebab nak ajak dia makan sekali. 1st time aku call, dia tak angkat. 2nd time aku call, dia jawab panggilan aku ngan nada yang dingin.

Aku: Awak kat mana?
Dia:  Kenapa ?!
Aku: Takdelah. Nak ajak awak makan ni. Awak kat mana ni?
Dia:  CAREFOUR. Nak makan kat mana?
Aku: Kitorang decide nak makan KFC jer.
Dia:  Kalau nak makan KFC, saya tak nak. Saya SHUBHAH ngan KFC. Awak tak ingat ke???
Aku: K la... Lau macam tu kitorang makan dulu. Tapi awak kena tunggu lama la sikit.
Dia: Takpelah... Nanti saya tunggu kat kereta je.
Aku: Ok...

Barulah aku teringat pasal dia yang sekarang ni sedang bersemangat pasal isu Palestin. Tapi, kenapa SHUBHAH ngan KFC, CAREFOUR pergi??? Bukan aku nak judge dia. Tapi, aku tak faham... Please someone make me understand.

Tinggalkan sejenak kisah perbualan tadi. Lepas kitorang siap makan, aku ngan Ang pun bergegas ke tempat parking kereta tadi. Time ni, aku ambik begitu banyak effort untuk menegur dia untuk entah kali ke berapa. 

Aku: ..... (Aku memanggil namanya)
Dia: *Membatu sambil menekan keypad hp*

Berkali2 aku memanggilnya. Tapi dia masih ignore aku. Last2.......

Aku: ..... Saya cakap ngan awak ni.
Dia:  Hurm....
Aku: Kenapa awak marah saya? Saya wak salah apa? Cuba awak cakap... Kalau tak, saya tak tau.
Dia: *Diam*
Aku: ...... Tolonglah cakap. (Nada suara aku mula bergetar2. Menahan kemarahan dan rasa malu sebab rasa maruah aku sentiasa dipermainkan. Lebih2 lagi time tu, Ang ada di sisi aku.
Dia: *Diam*
Aku: Tolonglah cakap apa salah saya yang membuatkan awak marah sampai macam ni? Saya tak tau. Dan saya nak tau. Saya tengah cakap ngan awak ni.
Dia: *Diam* (Menggeleng kepala sambil menekan keypad hp)

Last2, aku berputus asa. Aku tak sanggup nak keluarkan perkataan lain dari mulut aku sebab aku takut aku tak dapat nak kawal marah aku. Kang tak pasal2 dia kena marah kat aku lak.

Aku: Takpelah kalau awak tak nak cakap. Kalau saya ada wak salah, saya mintak maaf banyak2.
Dia: *Diam*

Kitorang meneruskan perjalanan balik dengan perasaan aku yang betul2 sedih... Tak pernah aku diuji sebegini rupa. Seumur aku hidup, tak pernah orang buat aku rasa macam ni. Ya-Allah, kuatkan hamba-Mu... 

Keesokan harinya, aku balik ke kampung untuk menghabiskan cuti semester. Harap aku dapat mencari ketenangan di sana. Semasa aku di terminal, aku terima sms  dari dia. Aku tak berapa ingat isi sms tu. Tapi, dia ada bagitau aku, aku tak leh nak faham dia lagi. Sebab memang kebiasaan untuk dia berdiam diri kalau dia terasa ngan someone.So, sekarang, salah aku sebab aku terlalu berterus-terang. 
(Saya salah... Tapi, awak kena tau, saya pun ada perasaan jugak. Saya memang belajar memahami awak. Tapi, awak ada belajar tak nak memahami perasaan saya ??? Perasaan orang lain??? Awak ada fikir tak???)

Kami berbalas2 sms dan dia call aku. Tapi, aku tak angkat sebab aku takde kekuatan nak bercakap ngan dia. Last2, aku ambik keputusan untuk call dia jugak. Time tu, aku mencurahkan semua benda yang aku terasa ngan dia. Dari A-Z. Sebab aku rasa, aku jer yang tak pandai nak jaga hati dia. Dia pun perlu tau apa yang aku rasa. Sepanjang perbualan kami, aku jer yang bercakap. Dia hanya menjadi pendengar setia. 

.....................................

Terlalu banyak benda yang aku bagitau dia. Aku pun dah lupa. Malas nak ingat. As conclusion, perbualan kami malam tu jump to the conclusion as kita muhasabah diri masing2. Aku salah... Dia pun salah. Kalau antara kami rasa takleh nak terima lagi, carilah sahabat lain (ala2 couple clash la pulak). Niat aku bukan nak putuskan tali persahabatan ni, tapi biarlah masing2 muhasabah diri dan ubahlah sikap masing2. Tu je... (-_-)

~To be continued~

We used to be BESTFRIEND
 

Blog Template by BloggerCandy.com