Saturday, November 19, 2011

✿ Saya Sayang Roomate Saya ! ✿

KAMI ADALAH ROOMATE  
Mirah~Naim~Muni~Izat

Friday, November 18, 2011

✿ Kahwin Time Belajar? ✿


Ketika melangkah ke usia 20-an, semestinya setiap insan baik lelaki mahupun wanita, berkeinginan tinggi untuk membina 'Usrati, Jannati'. Mana taknya, bila dah kahwin ni, makan, belajar (bagi student yg masih belajar), tengok movie, shopping, tidur, mandi, etc sentiasa berteman. Title 'Ms. Lonely' atau 'Mr. Lonely' dah tak wujud dlm diari kehidupan (unless bila pasangan itu bergaduh).^__^

Dulu, aku pun tergolong dlm golongan tersebut. Lebih2 lagi bila belajar kat UIA ni, kahwin adalah satu event biasa yg berlaku di kalangan kami. Utk batch aku, dah 3 orang kawan aku yg mendirikan masjid masing2. 2 orang dah dikurniakan baby2 comel & sorang lagi tengah pregnant. Mencabar bukan?

Bukan tak pernah aku minta izin dgn ummi utk kahwin time belajar (kalau dgn abi, tak berani buka mulut nak cakap pasal ni :), SOKMO2 aku mintak. Malah siap kena warning lagi kat ummi. Haha... Padan muka, gatal sangat dekpung... Pada ummi, dia takut aku  tak mampu nak tanggung bebanan menanti after kahwin. Perkahwinan bukan utk seminggu dua, tapi ia akan berkekalan menuju ke destinasi yg dituju ---> SYURGA FIRDAUS. InsyaAllah...

Tapi, itu adalah diri aku yg dulu. Yg teruja2 nak kahwin. Sekarang, perasaan tu dah makin surut. Maybe lepas apa yg dah berlaku pada aku sejak dua menjak ni. Aku pun dah sedar, memang aku masih tak mampu nak menggalas tanggunggjawab yg besar bila dah bergelar seorang isteri kpd seorang suami. Ni pun aku observe & kutip dari pengalaman sahabat2.

Jadi, pada sahabat2 yg terasa dirinya sudah yakin & bersedia melangkah ke fasa baru & penuh cabaran dlm hidup, dipersilakan. Saya sentiasa mendoakan kebahagiaan kalian. Tapi, satu je saya pinta, pandai2lah bahagi masa & tanggungjawab kalian. Saya faham status kalian, tanggungjawab & komitmen kalian berbeza dari saya, tapi seharusnya kalian ingat bahawa kalian & saya masih sama berstatuskan STUDENT. Jangan kerana kalian sudah berkahwin & sibuk menguruskan rumahtangga, tugasan belajar kalian cuba ditolak kpd sahabat2 sehingga membebankan mereka. Sebagai sahabat, kami sedia membantu kalian setakat yg termampu, akan tetapi, kami juga hamba-Nya yg lemah & limited dlm segala urusan. Perkataan SIBUK tetap ada dlm hidup kami walaupun berstatuskan single. Kami cuba utk memahami kalian, tetapi, tolonglah fahami kami jua wahai sahabat. Wallahualam...

Tika Hati Berbicara: 
Ada benarnya kata2 ummi padaku. Terima kasih ummi sebab tak bagi kahwin awal :)
Tapi, aku akan make sure, after habis belajar before grad, aku akan naik pangkat jadi ISTERI kpd bakal SUAMIKU! Hehehe... Nanti boleh grad berdua. Tak pun bertiga. ^____^
 

Blog Template by BloggerCandy.com