Monday, December 31, 2012

✿ Bakal 24 Tahun ✿


END OF THE YEAR 2012

Penghabisan tahun ni dengan final exam Issues in Nursing yang teramat best bila ‘menggoreng’ tadi. Harap2, tidak terlalu ‘hangus’ dan masih boleh ‘dimakan’. Harap2 adalah point yang relevant dengan soalan tadi. Ape yang saya karang tadi pun saya tak ingat dah. Sebab syok sangat mengarang pasal law [lepas graduate degree ni nak sambung amek degree dalam law pulak :)], sampaikan masa tak cukup nak settlekan MEQ2. Hahaha kenapalah exam final ni, time management tak berapa nak effective. 

Risau risau gak. Tapi tawakkallah is the best thing to do. Semoga Allah lembutkan hati lecturers saya masa mark markah kitorang nanti. Amin Ya Rabb.

By the way, azam 2013 ? Huh! Tak terfikir lagi wishlist tu Nantilah difikir-fikirkan kemudian.

Buat hati yang gelisah . . .

Saturday, December 1, 2012

✿ Dia Yang Maha Penyayang ✿


Alhamdullillah 
Allah Maha Penyayang lagi Maha Mengasihi

Selepas rimbunan masalah datang menghantui hidupku se-jak dua-menjak ni, Dia datangkan pula pertolongan tanpa disangka2. Tapi, kadang2, kita sentiasa alpa dengan nikmat dan pertolongan dariNya.

*** Semoga aku akan menjadi seorang yang lebih bersyukur dan sentiasa tabah.
Amin


Wednesday, November 21, 2012

✿ Buat Diriku Yang Lalai ✿


Allah Allah Allah
Andainya ujian ini adalah teguran dariMu 
kepada hambaMu yang lalai
Thank you Allah
Kerana masih menyayangiku
Terima Kasih Ya Allah, atas ujianMu ini


Thursday, November 15, 2012

✿ DiriMu Yang Bertakhta ✿


Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupku

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu

Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
Dirimu yang bertakhta

Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu

I heart this ~~~

Wednesday, November 14, 2012

✿ Salam Maal Hijrah ✿


Assalamualaikum
Salam Maal Hijrah buat semua Muslimin Muslimat yang dikasihi Allah

Alhamdulillah, kian melangkah ke tahun baru 1 Muharram 1434H.
Cepat sungguh masa berlalu pergi meninggalkan kita
Apa khabar amal ibadat kita sepanjang tahun ini ?
Apakah sudah dihitung atau tak terhitung amalnya ?
Atau mungkin langsung tidak terfikir akannya ?
***Muhasabah sejenak

*Mari Amalkan Bersama*

Ya Allah, aku memohon kepadaMu
Kuatkanlah keimanan dalam hatiku
Agar aku masih mampu untuk berdiri di jalanMu
Jadikanlah aku hambaMu yang sentiasa bersyukur dengan nikmatMu
Jadikanlah aku hambaMu yang sabar dan sentiasa redha dengan ketentuanMu.
Amin

Let’s Counting Together : 

Muharram ---> Safar ---> Rabiulawal ---> Rabiulakhir ---> Jamadilawal ---> Jamadilakhir ---> Rejab ---> Syaaban ---> Ramadhan ---> Syawal ---> Zulkaedah ---> Zulhijjah

InsyaAllah . . . Semoga tahun 1434H akan melakar kenangan yang indah dan bersejarah dalam hidupku. . . 
Amin . . .

Tuesday, November 13, 2012

✿ Stress Week ✿

Assalamualaikum . . . 
Alhamdulillah Berakhir sudah 2 hari berGrand Camping kat Pelangi Beach Resort Balok. Hurm badan masih penat. Walaupun tak join pape game. Penat makan angin pantai kot. Alhamdulillah, Khawarizmi mampu menjadi champion untuk tahun ni. Even though bukan 1st place, but 2nd place is much better than 4th place like last year event. Congratz to all Khawarizmians


So, next target:

1) Proposal FYP (40% progress)
2) Qualitative journal critique (50% progress)
3) Quantitative journal critique (0% progress)
4) Model of IIUM Training Hospital (-0% progress)

Huhu sume kena settle within less than 2 weeks! Yess! Suke Sangat suke Stress Sangat stress 
So, please prepare minda, badan dan sepenuh jiwa raga untuk siapkan assignments ni.


Sunday, October 28, 2012

✿ Saat Keimanan Teruji ✿


Perancangan manusia tidak sehebat perancangan Allah
Saat ia terjadi, keimanan kita teruji
Adakah kita terima dan redha atau sebaliknya?
Beruntunglah hamba yang diujiNya
Itu tanda Allah masih sayangkan kita

*Copy-paste*


Copy-paste kat sini : cik semanis epal ~~

Sunday, October 14, 2012

✿ Please . . . Watch Your Words ✿


I found so many people who love to condemn others (at the same time, the one who condemn others are actually in the same boat as those victims!). So funny2 things happen. Please before you start judging the other people, reflect about yourself first. Please don’t make the victims laugh back to you as you do the same things as they did.

Yes. . . 
Words may kill the TruSt & rElaTioNShiP. I really hope that they will finally realize that.



This may help those victims to feel ease at least! 

(Maybe so many2 grammatical errors in my writing. So sorry, I only got band 5 for my MUET)

Friday, October 12, 2012

✿ En. Habib Sayang . . . ✿


May I have one of these for my wedding?!
Sape nak sponsor?!
En. Habib, please sponsor satu untuk hadiah kahwin saya!
Nak sangat2!
(Berangan lagi!)

Wednesday, October 10, 2012

✿ 10 Months To Go ! ✿


ThE JouRneY coNtinuES.

Lambakan assignment masih belum surut. Duusshhh Makin dibuat, macam makin bertambah je assignment ni. Bila nak siap? Honestly, proposal pun tak start lagi. Orang lain dah mula mengarang surat2 cinta untuk supervisor masing2, tapi saya…… Tunggulah, buat last minit Next week dah start exam mid sem. Confirm2 la tak study lagi. Pun last minit punya kerja

Senior2 saya batch V masih dalam mode berkonvokesyen lagi. Best kan tengok orang pakai baju konvo. Pastu, pegang bunga banyak2, teddy bear la, etc Nanti next year nak request hadiahlah. Bagi bunga sejambak cukup la. Pastu setiap sorang kena bagi hadiah maybe leh letak smartphone @ kamera @ jam @ kereta !! Berangan la Mek Na. Confirm2 lah tak dapat. Tapi kan, rasanya, next year ada lagi hadiah yang lagi bermakna dari semua tu. InsyaAllah, semoga dipermudahkan. Amin


*Permudahkanlah urusan kami Ya-Allah, 
Limpahkanlah nikmat & rezeki yang melimpah ruah kepada kami*

Sunday, October 7, 2012

✿ Beristighfarlah Duhai Hati ✿


Disregard what are the other people said to you.
You know yourself better than them ... 

Wednesday, September 12, 2012

✿ Mode: I Like To Sleep ✿


***
***

Al-kisahnya pada suatu pagi yang sejuk, saya terjumpa benda comel ni atas meja study saya. Ingatkan secret admire manelah yang bagi hadiah ni pepagi. Tapi, bila tengok seekor “Mooo” bertenggek kat atas mug ni, terus tersenyum lebar. Hurm Ingatkan Izat punya surprise. Rupanya dari rumate2 kesayangan saya. Thanks a lot Izat, Mirah & Muni! Sayang pulak nak guna sebab comey sangat mug ni :) Bile di zoom-in mug ni, barulah saya paham. Ada makna di sebalik mug ni.


Jom zoom-in:



*I Like To Sleep*

Yes
“I Like To Sleep”
Cause I’m the SLEEPING BEAUTY!


*Moo aka Izat :)*


  ~شكرا ~ 감사합니다 ~ ありがとう ~ நன்றி ~

Sunday, July 29, 2012

✿ Training Percuma ✿

Alhamdulillah, sudah melangkah ke 9 Ramadhan.

Cepatnya masa berlalu. Hari ini saya berbuka puasa kat 162 Residency Selayang, bersama sorang adik lelaki dan 3 anak buah tercinta. Mama papa diorang are on business trip. So, saya naik pangkat la hari ni jadi babysitter. Huhu Tapi kan, rasanya diorang ni memang sengaja nak bagi saya training percuma jaga budak2 ni. Biasalah sebagai persediaan untuk tahun depan dan tahun2 seterusnya. Kan3? Kita kena selalu fikir positif, bak kata Sr. Ain :)

Boleh tahan jugak training hari ni. Budak2 ni okey je. Cuma banyak sangat songehnya. Haha Rumah pun nasib baik belum jadi macam tongkang pecah. Lau tak, maunya pengsan mama papa diorang. Masa tengah berbuka lagilah, belum sampai 5 minit duduk dah mintak itu ini. Nak tercekik je makan nasi ngan diorang ni. Isy3 Sabar jelah. Nasib baik ni anak orang lain, lau anak saya sendiri dah lama kot dicubitnya budak2 ni. Haha

Sekarang ni diorang tengah melayan cite kartun online kat youtube. Dapat jugak saya berblog sekejap sambil2 download cite. Huhu 

K lah. Till then. Nak sambung download cite horror lain lak. Tata~~

Teruna & Dara

Thursday, July 19, 2012

✿ Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan ✿

Mood: Ramadhan

Alhamdulillah, Ramadhan datang lagi, Dengan penuh rasa kesyukuran, ku berdoa agar Ramadhan tahun ini adalah lebih baik dari yang sebelumnya. InsyaAllah

Ramadhan tahun ni diraikan 2 minggu di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan & 1 minggu di Hospital Kemaman (Posting). Tak macam tahun lepas, sebulan dapat berpuasa bersama family tercinta. Tulah peluang macam tu takkan selalunya kita dapat. So, hargailah tiap2 saat masa bersama family. Family is the most precious thing in my life !

Bercakap pasal baju raya pulak (puasa belum dah cakap pasal baju raya dah! J), actually tak bercadang pun nak beli baju raya. Ingat just nak pakai je baju2 tahun lepas. Sebab ada certain2 kat dalam almari yang masih kelihatan baru. Tapi, disebabkan satu hari saya diberi tugas oleh bonda tersayang untuk carikan jubah untuk adinda, so, terpaksalah kaki ini merewang di sekitar KP untuk mencarijubah yang sesuai ngan bajet yang ditetapkan. Alhamdulillah, kejap je ku merewang kat KP, then terjumpalah kat satu kedai ni. Jubah tu agak simple, but nice. Harga pun agak affordable since dapat tawar dari :
RM99 à RM89 à RM 80 
Kebetulan aku pun berkenan gak, terus grab 2 colour with different size but the same design. Hehe . . .

K lah. Till then. Ada ‘amanah’ yang perlu disiapkan. Nak sambung wak kerja dulu.

~Sharing sikit pasal bulan Ramadhan ni~



Sunday, July 8, 2012

✿ Saya Bukan Ustazah Pilihan ✿


~~ Betol Betol Betol ~~

Saturday, June 23, 2012

✿ From The Bottom Of My Heart ✿


Ya-Allah,
Dengan hanya satu berita yang tidak disampaikan.
Aku tersangat kecewa.
Pedih. Sakit. Terluka.
Kenapa awak?
Perlukah berita baik itu dirahsiakan?
Sengaja atau memang kita bukan seperti dulu lagi?

Saya cuba untuk menjadi positif.
Menerima kenyataan itu.
Saya bahagia saat melihat awak tersenyum indah.
Di samping insan tercinta.
Biarlah airmata ini menjadi saksi.
Kebahagiaan itu.
Dan semoga bahagia itu milik awak.
Selamanya.
Amin


P/s: From the bottom of my heart, I still love you so much my dear friend! I'm truly sorry for what I've done before !

Tuesday, June 19, 2012

✿ Review: Black And Roses ✿

Just a brief official review of 5th Annual Graduation Dinner 2012 with the theme of "Black and Roses".
(Via picture jelah yer, malas nak tulis pepanjang)

*
*
*
*
*
V

 / Official Banner /

 / Aunty Nurul with Mdm. Awah + her little Meerah /

  / Ecah & Tasha in black and red /

   / Fiqah + Shima + Fizah = 3 Besty /

   / Alia + Ili = BFF /

   / Aunty Ela with Mdm. Solehah + little Sofwan /
{ Macam Ela pulak yg dapat baby ^_^ }

  / Cutey Enah with BFF: Huda / 

  / Kak Naimah + Yana = Roomy / 

  / Part of the AGD's committees /

  / Graduate-to-be @ Nurse-to-be /

   / Special choir performance from beloved seniors /

  / Dean-List Students /
{ Mabrouk! }

  / Our beautiful moment together /

  / With my beautiful roomy: Munie / 

  / Winner of the Miss Universe Award from Korea /
{Although kami tak menang best dress, kami tetap menang Miss Universe Award :P}

 / With our Big Boss: Mat Nong /
{Mane satu Boss nak pilih jadi calon bini nih? :P}

 / With beloved Sr. Asikin Shariff /
{Student nampak lagi 'matured' kan? :) }

/ With beloved Sr. Nani /
{Aish... kena belajar terima kenyataan} 

 / With pemenang best dress: Kak Ana /
{Pinjam topi boley...}

/ Modelling session /

/ With my gorgeous juniors /

/ 6th Batch Only! /
{Girls, will you be my future bridesmaid?} 

/ Brightest Imam Muda /

/ 5th Gen of Nursing Student (IIUM) /
{Happy Graduating!}

 / In momento /

/ The Supportive Organizing Committees /

/ Fake laugh :P /

To all my seniors, 
Semoga kalian dipermudahkan urusan dan rezeki dariNya. InsyaAllah, hasil berkat dan usaha kalian, semoga Allah membuka jalan dan pintu rezeki yang luas agar kalian mampu membina impian masing-masing. Amin.

 l Mesti happy kan bila dah nak graduate. I can't wait for mine too l

Monday, June 4, 2012

✿ Officially End Of Third Year ✿

Final exam is finally over. Eh! Tinggal OSPE je lagi. Last OSPE I hope. And I hope this very last OSPE will be better than previous OSPEs. Mudah-mudahan Allah akan mempermudahkan urusan kami semua nak menghadapi OSPE ni. Hope each of us will pass with flying COLOURs and no more remedial. InsyaAllah. Amin

*Cheeeseeee...*

After exam epid yang sangat best tadi, sempat lagi snap pix sekeping. Kenangan after abes exam untuk third year. 1 more year to goooo

Sila abaikan pix kat bawah. Takde kena mengena pun dengan yang hidup mahupun yang dah meninggal dunia. Ia hanyalah hasil karya kanak-kanak ribena yang sangat berbakat menghasilkan karya-karya yang 'special'! (Ayat terskema lak). Huhu. . .

 

Blog Template by BloggerCandy.com