Friday, October 4, 2013

♥ Kau Yang Terindah ♥

Petikan Semanis Kurma

Assalamualaikum...

Abang,
Terima kasih kerana telah menjadikan saya suri dalam hidup abang. Siapa sangka, perkenalan selama 9 tahun akhirnya menyatukan kita. Itulah jodoh dan ketentuan dariNya. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah...

Selama hampir 2 bulan saya bergelar isteri abang, dah bermacam dugaan datang. Itulah ujian & rahmat dariNya. Juga tanda kasih dariNya. Tapi, ada kalanya kita sering terlupa untuk mengucapkan 'Alhamdulillah' atas ujian itu. Kerana itulah tanda Dia sentiasa ingin mengingatkan kita untuk kembali padaNya.

Abang,
Terima kasih kerana sudah memenuhi 1 daripada impian saya ---> menjadi fulltime houseWIFE. Walaupun ianya hanya untuk seketika, cukuplah sekadar saya dapat merasai nikmat menjadi seorang isteri yang dapat berbakti sepenuhnya untuk suami yang tercinta. Sungguh, ia cukup bermakna untuk saya sebagai seorang isteri. Terima kasih abang!

Tiba masanya saya memenuhi tanggungjawab saya sebagai seorang anak untuk memenuhi impian ayahanda bonda tercinta. Juga untuk masa depan kita. Penat lelah abang akan saya tanggung bersama. Tak pernah terdetik dalam hati ini rasa menyesal menjadi suri hati abang. Malah saya berbangga mendapat suami yang sudah berdikari seawal dari pernikahan kita. Apa yang saya harapkan adalah keredhaan dari abang dalam setiap langkah saya berlalu. 

Abang,
Bila sudah berjauhan nanti, ingatlah ...

"Setiap pasangan perlu ada kesetiaan, kejujuran, kepercayaan dan kesefahaman"
"Andai buntu mohonlah petunjuk dari Allah"

Jauhi kecurangan kerana ia mampu membunuh cinta dalam sekelip mata.



P/s: Abang, kau adalah yang terindah dalam hidupku 

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com